Jan 11, 2013

Tips KESIHATAN dan KESELAMATAN ibu hamil



Assalamualaikum..Sihat ke anda2 sume?

Alhamdulillah...semalam sy dpt tu ade sorang kawan sy disahkan mengandung..Tapi beliau takut kalau apa-apa jadi..Pesan sy, Insyaallah kite doakan yang baik2 untuk Awk dan baby. Jangan buat kerja berat2 tau 1st trimester ni..
Lepas tu, sy pn berkongsi beberapa tips dan langkah keselamatan semasa hamil seperti yg sy pelajari mase traning kerja kt farmasi berapa bulan lepas. Sy budak baru belajar, kalau salah tlg betolkan. Kalau kurang, sila tambahkan ^_^

Macam yg kite sedia maklum, apa yang ibu makan secara tak langsung baby jugak akan dapat makanan tu. Same jugak kalau ape yg masuk dalam badan ibu tu tak elok, kesannya baby jugak yg dapat nanti. Sebab tu ibu hamil dilarang merokok dan minum alcohol.Semua tu akan bagi keburukan pada baby. Kesian baby,baru nak tengok dunia macam2 penyakit pun ade..

Sepanjang pengetahuan sy melalui traning, ibu hamil tidak digalakkan mengambil ubat secara INTERNAL ( makan ) pada 1st trimester ( 1-3 bulan pertama ) . Sebabnya, ubat yang di ambil secara INTERNAL akan masuk dalam salur darah dan mungkin berbahaya kepada baby. Sebaliknya, kalau boleh ambil pendekatan secara EXTERNAL dahulu sebab ianya lebih selamat ( melibatkan kawasan luar badan saja ). So, kalau contohnya wanita hamil tu demam atau sebagainya, boleh try sapu balm di dada ataupun kawasan yang selesa.PARACETAMOL adalah selamat untuk dimakan tapi kadang-kadang ada orang still risau. Tapi harus DIINGAT, wanita hamil tak digalakkan dengan benda2 yang bermenthol. Eh, habis tu nak pakai balm macam mana? Kebanyakan balm sume ade menthol dan berangin? Pakai la baby balm, takde menthol..Pendek cerita, apa jua barangan yang selamat untuk baby pakai adalah selamat untuk ibu hamil. Ibu hamil pun tak digalakkan untuk pakai ubat gigi berflorida. Sebab ape? Sy pun kurang pasti.. Tapi tiap yang tak digalakkan tu mesti ada sebabnya sendiri. So, terpaksa lah jadi budak2 kejap pakai ubat gigi diorang sebab takde florida.

Selalunya, bila mengandung, macam-macam penyakit yang datang. Gula tinggi, tekanan darah naik..Tak perlu bimbang, kadang-kadang lepas ibu melahirkan penyakit tu semua akan hilang. TAPI...kalau ianya berterusan lepas bersalin dinasihati PERGI BERJUMPA DOKTOR. Itu lebih afdal.. Kadang-kadang jugak, ibu hamil akan mengalami masalah sembelit dan buasir. Untuk atasinya,elakkan makanan yg fast food dan pedas sebab semua tu akan menganggu sistem dalam perut. Pengambilan fiber dapat membantu dalam masalah BOWEL MOVEMENT selain option untuk diet.  Ha...orang yang mengandung juga biasenye akan mengalami pembekakan urat di bahagian kaki (vericose vein) disebabkan tekanan berat badan yang semakin meningkat. Kalau masalah ni biasenye doktor akan sarankan pakai Compression Stocking untuk compress kan balik urat-urat tu. Kalau tak nak pakai stoking bagai, boleh try sapu HIRUDOID..Ia dapat membantu untuk membetulkan balik perjalanan darah kat kaki kita selain berfungsi untuk menghilangkan lebam.

Dari segi vitamin pulak, ibu hamil amat-amat memerlukan benda2 seperti asid folik, kalsium,iodine,zinc,DHA dan banyak lagi. Maklumlah, bile dah berbadan due, sumenye nak kena kongsi. Kalau makan sikit xcukup nanti.. Untuk apa fungsinya? Meh tengok bawah ....

  • IODINE -  important for the normal functioning of the thyroid gland as it is an essential nutrient required for the synthesis of thyroid hormones. Thyroid hormones affect almost every cell in the body and regulate oxygen use, metabolic rate and cellular metabolism. Thyroid hormones are important for the normal development of the skeletal, muscular and nervous systems of children. Iodine plays an important role in the normal development of brain, eyesight and hearing
  • FISH OIL - is a source of omega-3 long chain fatty acids. One of the main long chain fatty acids found in breast milk and in fish oil is DHA. DHA is particularly important for the normal function of the brain and nerves, and for development of normal eyesight
  • FOLIC ACID - plays a role in DNA and RNA synthesis, and is therefore critical in cellular division. In order to divide properly cells need adequate folic acid. The development and growth of a foetus involves constant cell division, which can lead to an increase in the mother's demand for folate. Daily supplementation with folic acid for 1 month prior to conception and during pregnancy may reduce the incidence of neural tube defects such as spina bifida and anencephaly in the child
  • VITAMIN D 3 - supports calcium absorption and is essential for building and maintaining healthy bones. Low vitamin D levels are common in women during pregnancy
  • CALCIUM & MAGNESIUM - are essential for bone health, as well as playing important roles in healthy muscle and nerve function
  • IRON - is a component of haemoglobin, an essential component of red blood cells. Haemoglobin transports oxygen in the body. Having optimal haemoglobin levels helps the cells of the body receive sufficient oxygen. Without adequate iron levels the delivery of oxygen to cells decreases and energy production may suffer. Iron requirements increase during pregnancy because of increased needs for red blood cell formation and foetal growth
  • ZINC - is essential to good health as it is involved in many enzymatic reactions in every cell of the body. Adequate levels of zinc are vital for a healthy baby's normal growth and development.
  • GROUP OF VIT B -  play an essential role in baby's growth
dipetik dari BLACKMORE ( KLIK SINI )

Selain tu, penggunaan losyen di bahagian perut juga dapat membantu mengurangkan pembentukan SCRETCH MARK. Nanti dah tak cantik pulak kan.. Untuk masalah ketidakhadaman, produk yang dinyatakan selamat adalah seperti Gaviscon sbb tak melibatkan kemasukan dalam salur darah,juz bentuk lapisan dalam perut untuk mengelakkan berlakunya acid reflux.

Kalau sekiranya wanita itu melahirkan secara pembedahan, mereka memerlukan sesuatu yang dapat bantu cepatkan proses penyembuhan. Orang tak operate pun boleh jugak. Contoh supplemen seperti organic spirulina yang dapat membantu pemulihan secara dalaman selain mengandungi multivitamin dalam bentuk organic. Sebagai tambahan, kalau diberi pilihan supplemet secara organic ataupun synthetic, better option adalah organic sebab ianya diperbuat secara natural. Bile natural,lagi cepat absorb dalam badan ^_^




INFO TAMBAHAN!!

Ramai tahu, ada ubat yang boleh menjejaskan kehamilan. Namun, tidak ramai tahu apakah jenis ubat yang dimaksudkan. Sebenarnya, kebanyakan ubat yang ada di pasaran, tidak diketahui kesannya terhadap kehamilan. Ini kerana tidak banyak ubat yang melalui ujian klinikal ke atas wanita hamil. Tambahan pula, tiada wanita hamil yang sanggup dirinya dijadikan sebagai bahan ujian. Jika sanggup sekalipun, ia melanggar etika perubatan. Namun begitu, masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A – Ubat yang datang daripada kategori ini didapati selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Memandangkan tidak banyak ubat yang dikategorikan selamat, antara jenis ubat yang tersenarai dalam kategori ini ialah vitamin biasa dan multivitamin.

B – Senarai ubat dalam kategori ini pula telah diuji ke atas haiwan dan disahkan selamat. Ubat jenis B didapati tidak mendatangkan masalah pada wanita hamil. Namun, ubat jenis ini masih perlu diambil dengan hati-hati. Contoh ubat jenis B ialah antibiotik dan paracetamol.

C – Hasil ujian klinikal mendapati terdapat kesan ke atas haiwan tetapi belum ada ujian yang pernah dijalankan ke atas wanita hamil. Walau bagaimanapun, ubat ini masih boleh digunakan oleh wanita hamil dengan syarat beliau telah diberitahu risiko penggunaannya. Ubat-ubat dalam kategori ini termasuklah anti-depress dan sesetengah jenis antibiotik.

D – Ubat yang tersenarai dalam kategori ini didapati boleh membawa mudarat kepada janin. Contohnya ubat yang digunakan dalam rawatan kanser dan kimoterapi.

E (X) – Selain daripada dicatat sebagai ubat kategori E, kadang-kala ada ubat yang sama dicatatkan sebagai ubat kategori X. Ubat jenis ini disahkan berisiko tinggi menjejaskan janin. Sebagai contoh, thalidomide. Antara lain, ubat jerawat (accutane) sepatutnya tidak diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana risiko kelahiran bayi cacat anggota badan

Kesan Sampingan Berbeza
Sebagai wanita hamil, perlu diingatkan bahawa anda hanya dibenarkan mengambil ubat yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling penting, jangan makan sebarang jenis ubat tanpa nasihat doktor. Ini kerana, terlalu banyak ubat yang didakwa baik untuk kehamilan tetapi tidak mendapat pengiktirafan KKM. Begitu juga halnya dengan kebanyakan ubat tradisional yang berasaskan herba.

Kebanyakan ubat-ubat ini tiada pengawasan kualiti. Oleh kerana itulah kesan sampingan ubat-ubat ini berbeza di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain. Ada sesetengah pengguna yang mengambilnya selamat namun ada segelintir yang lainnya mengalami masalah sewaktu hamil ataupun ketika proses bersalin.

Sebagai ingatan, dalam trimester pertama kehamilan, organ janin sedang terbentuk. Jadi, anda perlu berwaspada dengan ubat yang diambil. Adalah lebih baik jika anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu sebelum memakan apa-apa jenis ubat. Begitu juga dengan dua atau tiga minggu sebelum bersalin.

Diakui Selamat
1. Paracetamol

Kebanyakan wanita yang demam ketika hamil takut untuk mengambil ubat. Perlu diketahui! Paracetamol selamat untuk dimakan. Wanita hamil yang demam perlu mengambil paracetamol bagi meredakannya. Jika tidak, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul apabila suhu badan semakin meningkat.

2. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat.

3. Antibiotik
Terdapat tiga jenis kumpulan antibiotik yang dipercayai selamat. Antaranya ialah kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin.

4. Asma
Apa-apa sahaja jenis ubat untuk merawat asma adalah selamat dan dijamin tidak meninggalkan kesan buruk kepada kehamilan. Penggunaan inhaler adalah paling selamat.

Tidak Boleh Ambil Langsung !!!
1. Kulit
A. Accutane/ Isotretinoin

Sekiranya pernah mengambil ubat untuk merawat jerawat, anda pasti dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tertentu. Ini kerana risiko kelahiran cacat adalah tinggi iaitu 1:4 kandungan.

B. Tegison/ Etretinate
Bagi pesakit poriasis (sejenis penyakit kulit yang menyebabkannya keras dan gatal), ubat yang diberi adalah lebih bahaya. Kesan ubat ini akan berada dalam badan untuk tempoh yang panjang walaupun pesakit telah menghentikan penggunaannya. Dalam pada itu, ubat ini biasanya tidak akan diberi kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

2. Thalidomide
Ubat yang digunakan untuk mengatasi morning sickness ini turut dikenali sebagai world medical disaster. Ini kerana selepas diperkenalkan pada tahun 1958, ubat ini didapati menyebabkan keguguran ataupun bayi lahir tanpa anggota badan.

3. Aspirin
Ubat jenis ini tidak digalakkan untuk diambil kerana risiko pendarahan.

4. Ponstan
Selain ponstan, ubat ini turut dikenali sebagai asid mefenemiuc. Ia tidak boleh diambil kerana dipercayai boleh memberi kesan kepada jantung janin.






Setakat ni tu jela yang sy ingat. Kalau salah jangan segan-segan tegur ea..sy bkn student FARMASI tp sy suke bekerja di FARMASI ^_^

p/s : akak2 kat farmasi yg bace blog ni jgn gelakkan kite tau!heeee~

# Terimakasih DpoticPharmacy!


Ini hanya tips,yg penting itu DOA..Gantungkan HARAPAN dan SANDARAN hanya pada ALLAH.Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengelakkan keburukan ^_^








3 penulis bebas:

pha is said...

amboi.. tetiba je buat pasal ibu mengandung nih.. hahha

PenulisFreelancer said...

spesel tok membe ak la..xde kaitan dgn diri yg belum dimiliki ni..ecehhhh!
haha

Edith Domschy said...

Hello Farah!

Saya terjumpa blog anda dimana kamu bercakap tentang Gaviscon dalam post kamu mengenai masalah ketidakhadaman kamu mengalami masa kehamilan anda. Saya rasa post anda memang bagus kerana anda berkongsi pengalaman anda dengan pengikut-pengikut blog anda, dan menunjukkan bahawa anda adalah salah satu daripada banyak wanita-wanita yang mengalami isu ini.

Banyak wanita hamil yang mengalami simptom pedih ulu hati yang sama seperti anda, terutamanya di trimester ketiga dan keempat kehamilam. Blogger ini juga mengalami isu yang sama dengan anda, dan ada banyak tips bagus yang kamu boleh ikuti untuk mengelak isu pedih ulu hati: Joy ‘N’ Escapade – How to get rid of heartburn and indigestion during pregnancy

Gaviscon adalah salah satu antacid yang anda boleh guna semasa mengandung, dan ia adalah selamat.

Saya bekerja untuk Agensi Digital Lion & Lion, dan kami sedang bekerja bersama-sama dengan Gaviscon dalam usaha untuk memberitahu orang ramai tentang penggunaan Gaviscon, memberikan tips tentang bagaima untuk mengelakkan pedih ulu hati dan sneak, dan juga bagaimana untuk mempunyai kehidupan yang lebih sihat.

Saya ingin tanya jika anda boleh tolong menghubungkan perkataan “Gaviscon” kepada laman web Gaviscon Malaysia?

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Edith
edith@lionandlion.com